Eksotika II
Betik jenis ini juga dikenali sebagai 'Hybrid Eksotika' dan dihasilkan daripada kacukan Titisan 19 Eksotika dengan Titisan 20 Eksotika.Segregasi jantina ialah 1:1 ( hermafrodit:betina ) Eksotika II mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Eksotika tetapi dengan kelebihan dari segi perkara-perkar seperti berikut :
i. Kosmetik buah : kulit buah kurang berbintik ;
ii. Isinya lebih manis : 14.5 % J.P.L;
iii. Saiz buah yang lebih besar : 600 - 100 g sebiji ;
iv. Penghasilan yang tinggi : dalam lingkungan 20% lebih tinggi daripada Eksotika ;
v. Tekstur isi yang lebih mantap
Monday, 26 November 2012
Thursday, 15 November 2012
Tutorial Campuran Medium Semaian(polibeg)
Ketika anak semaian sudah mencapai usia 3 atau 4 minngu, kita boleh pindah kan semaian tersebut ketempat yang lebih besar, saya meletakkan kesemau anak bnih saya di dalam polibeg dan medium tanah semaian yang digunakan adalah seperti berikut:
Bahan-bahannya: Pasir, tanah merah(topsoil), baja kompos, cocopeat, kereta sorong dan cangkul
Pasir |
Tanah merah(topsoil)
Tapak bancuhan
Baja kompos
Pasir
Cocopeat(sabut kelapa)
Gaulkan kesemua bahagian tadi.
Bahan yang telah dicampur |
Contoh Anak Pokok Yang Telah Di pindah kan
Lankah-langkahnya:
- Bahan-bahannya: Pasir, tanah merah(topsoil), baja kompos, cocopeat, kereta sorong dan cangkul
- Nisbah yang digunakan adalah 3:2:1:1, 3 tanah merah(topsoil), 2 baja kompos, 1 pasir, 1 cocopeat(sabut kelapa), sukatan yang digunakan adalah mengikut kereta sorong.
- Gaulkan kesemua bahagian tadi.
Friday, 9 November 2012
Teknik Menyemai Biji Benih Hybrid(F1)
Bahan-bahan yang digunakan.
Langkah 1: Sediakan tray yang di isi peat moss.
Langkah 2: Letakkan biji benih di atas lubang.
Langkah 3: Tekan biji benih ke dalam, lebih kurang 1 inci dan tutup biji benih tadi.
Langkah 4: Simpan tray semaian tadi ditempat yang teduh dan jangan biarkan dijemur di tengah panas.
Teknik menyemai
Tray kosong yang belum diisi peat moss.
Tray yang mengandungi 104 lubang.
Jenis peat moss yang digunakan.
Langkah 1: Sediakan tray yang di isi peat moss.
Tray yang sudah diisi dengan peat moss
Cara meletakkan biji benih diatas lubang semaian
Tray yang sudah diletakkan biji benih diatas lubang
Langkah 3: Tekan biji benih ke dalam, lebih kurang 1 inci dan tutup biji benih tadi.
Langkah 4: Simpan tray semaian tadi ditempat yang teduh dan jangan biarkan dijemur di tengah panas.
Rumah semaian yang ditutupi dengan atap
Teknik menyemai
- Sediakan tray yang di isi peat moss.
- Letakkan biji benih di atas lubang.
- Tekan biji benih ke dalam, lebih kurang 1 inci dan tutup biji benih tadi.
- Pastikan anda tidak menekan terlalu kuat permukaan atau peat moss tadi.
- Simpan tray semaian tadi ditempat yang teduh dan jangan biarkan dijemur di tengah panas.
- Jangan siram air, biarkan biji benih tadi selama 3 hari, selepas 3 hari barulah disiram air.
- Dalam masa 4-7 hari anda akan lihat biji benih tadi bercambah.
- Pastikan peat moss tadi sentiasa dalam keadaan lembab atau 2 kari siraman sehari.
- Selepas 2 minggu anda boleh letak anak benih tadi di bawah sinaran mata hari tetapi anda digalakkan memakai jaring hitam 50% sebagai atap agar pokok tidak terkena sinaran terus dari matahari.
Tapak Dan Barang Niaga kami
Post Ini Bertujuan Untuk Mempaparkan Produk Dan Lokasi Kami(Pasar Tani Paya Jaras).Harga Anak Pokok Dikira Mengikut Jenis . Untuk Senarai Harga(biji benih hybrid) Sila Klik Di Sini .Potongan juga Akan Diberikan Mengikut Yang Dibeli.
Subscribe to:
Posts (Atom)