Monday 26 November 2012

Eksotika II

 Eksotika II
Betik jenis ini juga dikenali sebagai 'Hybrid Eksotika' dan dihasilkan daripada kacukan Titisan 19 Eksotika dengan Titisan 20 Eksotika.Segregasi jantina ialah 1:1 ( hermafrodit:betina ) Eksotika II mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Eksotika tetapi dengan kelebihan dari segi perkara-perkar seperti berikut :

i.   Kosmetik buah : kulit buah kurang berbintik ;
ii.  Isinya lebih manis : 14.5 % J.P.L;
iii. Saiz buah yang lebih besar : 600 - 100 g sebiji ;
iv. Penghasilan yang tinggi : dalam lingkungan 20% lebih tinggi daripada Eksotika ;
v.  Tekstur isi yang lebih mantap

Thursday 15 November 2012

Tutorial Campuran Medium Semaian(polibeg)


Ketika anak semaian sudah mencapai usia 3 atau 4 minngu, kita boleh pindah kan semaian tersebut ketempat yang lebih besar, saya meletakkan kesemau anak bnih saya di dalam polibeg dan medium tanah semaian yang digunakan adalah seperti berikut:

Bahan-bahannya: Pasir, tanah merah(topsoil), baja kompos, cocopeat, kereta sorong dan cangkul
Pasir
Tanah merah(topsoil)
Tapak bancuhan



Baja kompos

Pasir

Cocopeat(sabut kelapa)


Gaulkan kesemua bahagian tadi.

Bahan yang telah dicampur




Contoh Anak Pokok Yang Telah Di pindah kan





Lankah-langkahnya:
  1. Bahan-bahannya: Pasir, tanah merah(topsoil), baja kompos, cocopeat, kereta sorong dan cangkul
  2. Nisbah yang digunakan adalah 3:2:1:1, 3 tanah merah(topsoil), 2 baja kompos, 1 pasir, 1 cocopeat(sabut kelapa), sukatan yang digunakan adalah mengikut kereta sorong.
  3. Gaulkan kesemua bahagian tadi.





Friday 9 November 2012

Teknik Menyemai Biji Benih Hybrid(F1)

Bahan-bahan yang digunakan.
Tray kosong yang belum diisi peat moss.


Tray yang mengandungi 104 lubang.

Jenis peat moss yang digunakan.

Langkah 1: Sediakan tray yang di isi peat moss.

Tray yang sudah diisi dengan peat moss



Langkah 2: Letakkan biji benih di atas lubang.
Cara meletakkan biji benih diatas lubang semaian


Tray yang sudah diletakkan biji benih diatas lubang 



Langkah 3: Tekan biji benih ke dalam, lebih kurang 1 inci dan tutup biji benih tadi.







Langkah 4: Simpan tray semaian tadi ditempat yang teduh dan jangan biarkan dijemur di tengah panas.


Rumah semaian yang ditutupi dengan atap




Teknik menyemai
  1. Sediakan tray yang di isi peat moss.
  2. Letakkan biji benih di atas lubang.
  3. Tekan biji benih ke dalam, lebih kurang 1 inci dan tutup biji benih tadi.
  4. Pastikan anda tidak menekan terlalu kuat permukaan atau peat moss tadi.
  5. Simpan tray semaian tadi ditempat yang teduh dan jangan biarkan dijemur di tengah panas.
  6. Jangan siram air, biarkan biji benih tadi selama 3 hari, selepas 3 hari barulah disiram air.
  7. Dalam masa 4-7 hari anda akan lihat biji benih tadi bercambah.
  8. Pastikan peat moss tadi sentiasa dalam keadaan lembab atau 2 kari siraman sehari.
  9. Selepas 2 minggu anda boleh letak anak benih tadi di bawah sinaran mata hari tetapi anda digalakkan memakai jaring hitam 50% sebagai atap agar pokok tidak terkena sinaran terus dari matahari.

Tapak Dan Barang Niaga kami

Post Ini Bertujuan Untuk Mempaparkan Produk Dan Lokasi Kami(Pasar Tani Paya Jaras).Harga Anak Pokok  Dikira Mengikut Jenis . Untuk Senarai Harga(biji benih hybrid) Sila Klik Di Sini .Potongan juga Akan Diberikan Mengikut Yang Dibeli.