Monday 3 December 2012

Kelebihan Biji Benih Hybrid


Kacukan F1 merupakan istilah yang digunakan di kalangan genetik dan pembiakan pilihan. F1 mewakili Filial 1, generasi filial pertama biji benih terhasil dari pengawanan silang jenis keluarga yang jauh berbeza. Istilah ini kadang kala digunakan dengan skrip kecil ("subscript"), seperti F1 hybrid. Anak dari jenis keluarga jauh berbeza menghasilkan variati baru, sekata dengan ciri-ciri tertentu dari samaada salah satu atau kedu-dua keluarga. 
Kelebihan biji benih hybrid F1 ini adalah:


1.       Cepat mengeluarkan hasil
·          tempoh matang yang singkat.
·          cepat dapat hasil dan cepat memasarkan hasil
·          membolehkan tanaman pulangan berganda
2.       Hasil yang tinggi
·          memenuhi keperluan makanan penduduk
3.       Hasil berkualiti
·          kualiti dari segi kelazatan, kandungan gula, kandungan nutrien, warna dan bentuk yang seragam.
·          mendapatkan pasaran yang baik
4.       Resistan (tahan) terhadap penyakit dan perosak
·          tanaman mampu menghalang perkembangan patogen dan serangan perosak.
·          tanaman mempunyai ciri tertentu seperti duri dan bulu atau bahan kimia yang tidak disukai oleh perosak
·          jimat kos kawalan penyakit dan perosak
5.       Bernilai estetik
·          nilai estetik seperti warna, bentuk, atau aroma.
·          hasil menarik perhatian pembeli
·          contoh warna rambutan merah digemari

      Kacukan F1 mampu menghasilkan tuian lebih baik berbanding variati tradisi. Kacukan F1 matang pada masa yang sama apabila dibesarkan pada keadaan persekitaran yang sama. Ini menarik minat petani moden kerana kesemua tanaman masak pada masa yang sama dan boleh dituai oleh mesin. 


No comments:

Post a Comment